Semua pihak boleh lakukan transaksi mata wang sosial

Mohd Daud
Mohd Daud
A
A
A

SHAH ALAM – Inisiatif penggunaan mata wang sosial dilihat perlu dilaksanakan di negara ini kerana lebih dekat dengan masyarakat dan semua pihak boleh melakukan transaksi itu.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, walaupun penggunaan mata wang sebenar itu penting tetapi mata wang sosial sepatutnya menjadi lebih penting.

“Mata wang sosial ini cukup hebat kerana semua orang boleh melakukan transaksi. Ia juga boleh membantu masyarakat terutama ketika berlaku krisis ketika ini,” katanya ketika menjadi panelis Wacana al-Quran bertajuk Penjanaan Mata Wang Sosial: Suatu Analisa yang diadakan di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Turut menjadi panelis ialah Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia), Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail bertindak sebagai moderator manakala qari jemputan, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali memperdengarkan bacaan surah al-Kahfi ayat 94 hingga 95 dan surah yang berkaitan.

Dari kiri, Fazrul, Ahmad Faizal, Mohd Daud dan Ustaz Ahmad Tirmizi pada Wacana al-Quran sesi ke-26 membincangkan topik Penjanaan Matawang Sosial: Suatu Analisa di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dari kiri, Fazrul, Ahmad Faizal, Mohd Daud dan Ustaz Ahmad Tirmizi pada Wacana al-Quran sesi ke-26 membincangkan topik Penjanaan Matawang Sosial: Suatu Analisa di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Jelasnya, perkara berkenaan penggunaan mata wang sosial itu perlu dibincangkan.

“Saya cukup optimis jika kita semua bekerjasama dan kerajaan membuat mata wang sosial Malaysia (MSM) supaya pihak korporat boleh bersama-sama memberikan bantuan secara sosial juga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Daud yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga menyifatkan mata wang sosial merupakan satu mata wang yang cukup unik dan dekat dengan iman.

“Mata wang sosial merupakan satu inovasi zaman ini. Walaupun sebelum ini memang sudah ada dan ia perlu dibangkitkan semula.

“Mudah-mudahan mata wang sosial juga adalah pemberian ALLAH SWT kepada hamba-Nya,” katanya.