Kanak-kanak maut tergelincir dalam tali air

Jenazah Muhamad Alif Asyraf yang ditemukan lemas dalam tali air di Pengkalan Chepa hari ini dibawa ke HRPZ II untuk tindakan lanjut.
Jenazah Muhamad Alif Asyraf yang ditemukan lemas dalam tali air di Pengkalan Chepa hari ini dibawa ke HRPZ II untuk tindakan lanjut.
A
A
A

KOTA BHARU - Kegirangan tiga sekawan berjalan di tepi tali air di Kampung Telaga Bata Sering, Pengkalan Chepa di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya tergelincir dan terjatuh di dalam tali air tersebut pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fakri Mazlan berkata, mangsa, Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, yang beralamat di Kampung Jal Besar, Tumpat di sini ditemui pada jam 10.43 pagi tadi.

Kawasan tali air di Kampung Telaga Bata Sering, Pengkalan Chepa yang dilalui mangsa dan rakannya.
Kawasan tali air di Kampung Telaga Bata Sering, Pengkalan Chepa yang dilalui mangsa dan rakannya.

“Kita menerima laporan pada jam 10.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian. Tiga anggota turun menyelam dan mencari mangsa dan telah menjumpai mangsa di dasar tali air tersebut.

“Operasi berjalan lancar kerana tiada arus deras. Mangsa dijumpai lebih kurang dua meter dari lokasi kejadian selepas 15 minit operasi dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: