X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran cuaca buruk di pantai timur hingga Jumaat

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung hingga Jumaat ini. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, keadaan itu melibatkan lima kawasan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, selain Terengganu dan Kuantan, Pahang.

“Pada masa sama, amaran cuaca buruk yang dikemas kini jam 11.30 pagi tadi menunjukkan terdapat pertambahan kawasan untuk amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga Jumaat ini di tiga daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

“Cuaca itu diramal akan turut melibatkan lima daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dam enam daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan.

Turut diletakkan dalam kategori amaran itu ialah Perlis dan lapan kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling yang akan berkuat kuasa dari 26 hingga 27 November.

Menurutnya, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.

Katanya, kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!