Dua kilang kitar semula terbakar

Dua bangunan kilang kitar semula terbakar dan sehingga kini kerja-kerja memadam api masih beroperasi di Kampung Sinaran Baru Kempas Johor Bahru hari ini.
Dua bangunan kilang kitar semula terbakar dan sehingga kini kerja-kerja memadam api masih beroperasi di Kampung Sinaran Baru Kempas Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua buah bangunan kilang kitar semula jenis binaan di Jalan Seelong Jaya 3, Kampung Sinaran Baru, Kempas dekat sịni musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Kejadian pada jam 5.23 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana tiada pekerja di kedua-dua bangunan tersebut.

Seramai 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dibantu BBP Kulai serta BBP Bandar Baru Kulai dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, kerja-kerja memadam kebakaran melibatkan tiga jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu lori tangki air.

"Kebakaran melibatkan dua buah bangunan kilang kitar semula jenis binaan sementara. Bangunan pertama seluas 6.09 meter x 21.3 meter dan bangunan kedua pula membabitkan kira-kira 12.1 meter x 15.2 kaki.

"Kedua-dua bangunan terbakar kira-kira 90 peratus dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi memadamkan kebakaran masih lagi diteruskan setakat jam 1 petang ini selepas hampir 8 jam bertungkus-lumus memadam kebakaran.

Artikel Berkaitan: