Bumbung sekolah diterbangkan angin kencang

Lima blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di sini tercabut bumbung selepas berlaku angin kencang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Lima blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di sini tercabut bumbung selepas berlaku angin kencang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
A
A
A

PONTIAN - Lima blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di sini tercabut bumbung selepas berlaku angin kencang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Abdul Shukor Talib berkata, akibat dari kejadian itu bilik komputer dan bilik buku teks turut mengalami kerosakan.

Katanya, penilaian yang dilakukan Jabatan Kerja Raya ( JKR) daerah petang semalam mendapati bangunan sekolah melibatkan asrama dan pentadbiran tidak selamat diduduki.

Keadaan bumbung bangunan SMK Dato Penggawa Barat yang tercabut sebahagian bumbung dalam kejadian ribut petang semalam.
Keadaan bumbung bangunan SMK Dato Penggawa Barat yang tercabut sebahagian bumbung dalam kejadian ribut petang semalam.

"Hanya sebuah blok pentadbiran sahaja yang boleh digunakan sementara bangunan lain perlu dibaiki akibat kerosakan bumbung yang dialami akibat kejadian angin kencang semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan dengan itu, Abdul Shukor berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera membaiki kerosakan dialami yang dianggarkan melibatkan kos RM50,000.

SMK Dato Penggawa Barat merupakan sekolah berprestasi tinggi memiliki seramai 850 pelajar dan 120 guru serta kakitangan sekolah.