X

Kindly register in order to view this article
!

Lega ada pihak prihatin bantu baiki rumah uzur

Mohd Sharim (tengah) menyaksikan penyerahan rumah keluarga Sazelah yang diserahkan Wan Emril Nizam, semalam.
A
A

PEKAN - Tiada yang lebih menggembirakan bagi sebuah keluarga dari Kampung Batu Balik di sini selain tinggal di sebuah rumah yang selesa untuk kehidupan masa depan mereka.

Sazelah Abdul Rahman, 49, kini mampu menarik nafas lega apabila rumah mereka yang uzur sebelum ini telah dibaiki dengan bantuan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) melalui peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kerajaan negeri Pahang.

Wanita itu juga bersyukur kerana tidak perlu bimbang untuk mencari wang membaiki rumah berkenaan apabila ada pihak yang prihatin tampil membantu.

"Sebelum ini saya agak bimbang dengan keadaan rumah terutama bahagian dapur yang terlalu uzur namun tidak mampu untuk membaikinya,"katanya.

Sazelah dan tiga adiknya tinggal di rumah itu bersama ibu mereka berusia 81 tahun.

Majlis penyerahan rumah yang dibaikpulih itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain.

Turut hadir Presiden MBNP, Wan Emril Nizam Wan Embong.

Nasib Sazelah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas melawat keluarga itu ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Julai lalu.

Sementara itu Mohd Sharim berkata, seperti yang dijanjikan rumah keluarga itu akhirnya dibaiki dan diserahkan semalam.

Menurutnya, kerja baik pulih oleh kontraktor yang dilantik dengan bantuan belia setempat mengambil masa kira-kira sebulan.

"Kos baik pulih bahagian dapur ditanggung kerajaan negeri manakala KBS menampung peruntukan ruang tamu dan bilik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!