Terengganu kembali dilanda banjir

Taman Murni Permai di Tok Jembal, Kuala Nerus dinaiki air sejak petang semalam.
Taman Murni Permai di Tok Jembal, Kuala Nerus dinaiki air sejak petang semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 192 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu apabila tiga daerah di negeri ini dilanda banjir dalam gelombang kedua kali ini.

Sehingga jam 8 pagi ini, empat PPS telah diaktifkan bagi menempatkan 57 keluarga dari daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daerah Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 151 orang.

Menurutnya, kesemua 46 keluarga itu kini ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan Balai Raya Alor Damat.

Pihak berkuasa membantu mangsa membuat pendaftaran di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus.
Pihak berkuasa membantu mangsa membuat pendaftaran di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus.

“Di daerah Kuala Terengganu pula, seramai 15 mangsa melibatkan lima keluarga telah dipindahkan ke SK Chendering.

“Sementara di daerah Dungun, seramai 22 mangsa daripada enam keluarga telah ditempatkan di PPS Dewan Sivik Seberang Pintasan.

“Kesemua mangsa mula dipindahkan secara berperingkat sejak malam tadi susulan hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu mangsa di Kampung Binjai, Chendering, Kuala Terengganu berpindah.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu mangsa di Kampung Binjai, Chendering, Kuala Terengganu berpindah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga hari ini.

Menurut kenyataan itu, ia melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan; Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh Terengganu.