LZS sahkan seorang kakitangan positif Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan seorang kakitangannya di Ibu Pejabat Seksyen 13 di sini dikesan positif wabak koronavirus (Covid-19).

LZS dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, sebelum ini kakitangan berkenaan telah dikenal pasti sebagai kontak rapat keluarga terdekat dan turut diarahkan oleh pihak pengurusan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 11 November lalu.

"Sepanjang tempoh kuarantin itu, kakitangan terbabit tidak berurusan dengan mana-mana warga kerja atau pelanggan mereka berikutan tidak menghadirkan diri ke pejabat.

"Kakitangan terbabit juga telah menjalani saringan pada 19 November dan disahkan positif Covid-19 pada 22 November," katanya.

Dalam pada itu, LZS berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan langkah pencegahan wabak Covid-19 dilaksanakan dengan segera.

Katanya, proses disinfeksi secara menyeluruh juga turut dilaksanakan di kawasan kerja yang terlibat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Pelanggan yang berurusan di kaunter cawangan LZS juga diminta dapat mematuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: