X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP akan ambil tindakan jika ada aduan

Iskandar Halim
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya ada syarikat tertentu bertindak mengimport atau menyeludup masuk daging sejuk beku secara tidak sah.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, jika ada aduan, pihaknya akan menyiasat dan melihat termasuk berkenaan status halalnya atau sebaliknya.

“Kalau menggunakan logo halal, kita tengok dari mana halal itu atau hanya sekadar tulis halal semata-mata atau juga halal yang dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita juga akan siasat sijil syarikat pengimport terlibat dan kalau didapati ada penipuan, tindakan akan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Ketika ditanya adakah pihaknya menerima sebarang laporan atau aduan berkenaan isu berkenaan, beliau berkata, tiada laporan diterima pihaknya setakat ini.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil salurkan kepada pihaknya untuk menyiasat dakwaan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal

Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat syarikat ejen fret (freight forwarder) yang dipertanggungjawabkan menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal, mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara tidak menerima kelulusan sah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.

Menurut sumber, kebanyakan daging sejuk beku yang tidak mendapat pengiktirafan halal itu diimport dari benua Amerika melalui pelabuhan utama negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!