Jumlah mangsa banjir di Melaka turun kepada 311 orang

Mangsa banjir di Melaka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkurangan kepada 311 orang daripada 78 keluarga setakat jam 8 malam ini. Gambar hiasan 123RF
Mangsa banjir di Melaka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkurangan kepada 311 orang daripada 78 keluarga setakat jam 8 malam ini. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MELAKA - Mangsa banjir di Melaka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 311 orang daripada 78 keluarga setakat jam 8 malam ini, berbanding 520 mangsa daripada 148 keluarga yang direkodkan pada jam 8 pagi tadi.

PPS yang terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal bagi daerah Alor Gajah, SK Ayer Molek untuk daerah Melaka Tengah, manakala SK Tehel, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Shuh Yen dan SK Parit Gantong di daerah Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, seramai 13 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Durian Tunggal dan 96 orang daripada 27 keluarga ditempatkan di SK Ayer Molek.

Katanya, sebanyak 127 mangsa daripada 30 keluarga pula berada di SK Tehel, 10 mangsa daripada dua keluarga di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Shuh Yen dan 65 orang daripada 16 keluarga di SK Parit Gantong.

Sementara itu, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di Jasin yang menempatkan 117 mangsa daripada 47 keluarga pula ditutup pada jam 2.30 petang tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: