X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

PM Israel adakan pertemuan rahsia dengan Putera Arab Saudi

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Putera Arab Saudi Mohammed bin Salman (kanan). - AFP
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengadakan rundingan rahsia dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Arab Saudi, lapor media dalam lawatan julung kali Perdana Menteri Israel ke negara itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang ke Israel pada minggu lalu juga menghadiri perbincangan yang dilaporkan itu, kata wartawan diplomatik di stesen penyiaran Israel, Kan hari ini.

Penyiar itu memetik pegawai yang enggan dikenali berkata, Netanyahu dan ketua agensi perisikan Mossad, Yossi Cohen 'terbang ke Arab Saudi dan berjumpa dengan Pompeo dan Putera Mohammed di bandar Neom'.

Pertemuan yang dilaporkan itu berlaku beberapa minggu lalu selepas Israel bersetuju di bawah perjanjian disokong AS yang dikenali sebagai Abraham Accords untuk menormalkan hubungan dengan dua sekutu Arab Saudi di Teluk iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Beberapa media di Israel melaporkan lawatan Netanyahu ke Arab Saudi turut disertai wartawan terkenal, Barak Ravid dari Walla News dan Axios.

Sementara itu, pejabat Netanyahu tidak memberikan komen lanjut mengenai laporan itu.

Mahkamah kerajaan Arab Saudi pula tidak memberikan komen terhadap pertanyaan AFP mengenai mesyuarat Putera Mohammed dan Pompeo. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!