Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

 Ringgit meneruskan momentum meningkatnya pada minggu lepas untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini. - Foto 123RF
Ringgit meneruskan momentum meningkatnya pada minggu lepas untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan momentum meningkatnya pada minggu lepas untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan minat mengambil risiko yang dipacu oleh harga minyak mentah stabil, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0880/0930 berbanding dolar AS, daripada 4.0900/0940 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.71 peratus kepada AS$45.73 setong.

Seorang peniaga berkata, harga minyak dunia stabil berikutan keyakinan terhadap vaksin Covid-19 tetapi peningkatan itu dikekang oleh sekatan pergerakan yang dilaksanakan semula di beberapa buah negara.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, para pelabur terus memantau rapat kemungkinan pakej rangsangan daripada Presiden AS yang dipilih, Joe Biden dalam memerangi pandemik maut itu dan menghidupkan kembali ekonomi.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.

Unit tempatan jatuh kepada 3.0476/0524 berbanding dolar Singapura daripada 3.0434/0479 pada Jumaat minggu lepas, menyusut berbanding pound British kepada 5.4624/4711 daripada 5.4295/4360, dan turun berbanding euro kepada 4.8549/8625 berbanding 4.8495/8559.

Ringgit, bagaimanapun, kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9380/9439 daripada 3.9399/9445. - Bernama

Artikel Berkaitan: