Arteta pasrah kutip satu mata

Pepe dilayangkan kad merah ketika Arsenal menentang Leeds United di Elland Road, awal pagi tadi.
Pepe dilayangkan kad merah ketika Arsenal menentang Leeds United di Elland Road, awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta kecewa dengan persembahan pasukannya apabila hanya terikat tanpa jaringan dengan Leeds United di Elland Road, awal pagi tadi.

Menurutnya, segalanya serba tidak menjadi buat The Gunners dalam perlawanan tersebut apatah lagi pemian sayapnya Nicolas Pepe turut dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

"Melihat bagaimana kami kehilangan Pepe di awal babak kedua, kami harus menerima satu mata ini. Saya tidak pernah suka keputusan seri, tetapi ini mata penting melihat keadaan persembahan kami.

"Ada dua keadaan pada babak pertama, iaitu kami bermain sambil lewa, mudah kehilangan bola dan membiarkan lawan menyerang.

"Pada babak kedua, kami cuba bertahan dengan baik dan cuba memanfaatkan ruang yang ada untuk menyerang, tetapi kami gagal menghasilkan sebarang gol," katanya.

Pepe dilayangkan kad merah ketika Arsenal menentang Leeds United di Elland Road, awal pagi tadi.
Pepe dilayangkan kad merah ketika Arsenal menentang Leeds United di Elland Road, awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Arteta tidak dapat memamahami tindakan Pepe yang tidak berdisiplin dilayangkan kad merah selepas menghantuk kepala pemain sayap Leeds, Ezgjan Alioski di awal babak kedua.

"Ia tidak dapat diterima apabila Pepe mengecewakan pasukan. Namun, saya amat bangga dengan personaliti pasukan, bagaimana mereka menangani situasi ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan kekal dalam kelompok 10 terbawah dengan Arsenal di tangga ke-11 dan Leeds 14.