Kubur kecil tertanam bungkusan kuning di Pantai Irama

Pihak polis memeriksa bungkusan berwarna kuning yang ditemui tertanam dalam lubang menyerupai kubur kecil di Pantai Irama Bachok pada Jumaat lalu.Gambar kanan: Bungkusan berwarna kuning di dalamnya mengandungi pasu kecil yang sudah pecah dan duit syiling lama ditemui ditanam di lokasi Pantai Irama Bachok pada Jumaat lalu.

A
A
A

BACHOK - Satu kubur kecil tertanam bungkusan kuning ditemui di Pantai Irama, di sini mengemparkan penduduk di kawasan sekitar pada Jumaat lalu berkemungkinan perbuatan individu tidak waras.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, selepas menerima maklumat daripada orang ramai, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dihantar ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Sebaik tiba, mereka mendapati bentuk macam kubur kecil dan bungkusan itu ditanam.

“Apabila bungkusan dibuka ada pasu kecil yang sudah pecah dan duit syiling lama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Samsulmuddin
Samsulmuddin

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada penduduk sekitar mengatakan ada individu kurang waras yang melakukan perbuatan tersebut di kawasan itu.

“Setakat ini tiada sebarang laporan rasmi kepada polis dan tiada apa-apa yang serius berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Persatuan Pengubatan Islam Terapi Syarie Baituhikmah, Ustaz Zaki Ya berpendapat, barang itu berkemungkinan dibuang oleh seseorang.

Artikel Berkaitan:

“Berdasarkan pengalaman, sekiranya terdapat gangguan atau penunggu akan terasa meremang bulu roma apabila melihatnya.

“Benda ini tidak ada terasa sebarang gangguan ketika dipandang bagaimanapun wallahualam,” katanya.