Kumpulan pertama pelajar Sarawak di Labuan dihantar pulang

Seramai 102 mahasiswa yang menuntut di enam buah institusi pengajian di Labuan dihantar pulang ke negeri masing-masing melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan menggunakan pengangkutan feri ekspres penumpang ke Lawas dan Limbang hari ini. 
- Foto Bernama
Seramai 102 mahasiswa yang menuntut di enam buah institusi pengajian di Labuan dihantar pulang ke negeri masing-masing melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan menggunakan pengangkutan feri ekspres penumpang ke Lawas dan Limbang hari ini. 
- Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Seramai 102 pelajar di lima buah institusi pendidikan di Labuan dihantar pulang ke kampung masing-masing di Lawas dan Limbang, Sarawak, melalui pengangkutan feri penumpang dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini.

Program penghantaran pulang kumpulan pertama pelajar itu merupakan inisiatif Pejabat Residen Limbang dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, susulan penutupan institusi pendidikan dan sekolah di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail, berkata semua pelajar perlu menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) diikuti kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di Limbang.

“Pihak JPBD Labuan telah menyelesaikan bahagian penyelarasan dengan memastikan semua pelajar menaiki bas seawal 6 pagi dan bertolak dari asrama masing-masing ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan untuk menaiki feri yang menunggu pada 8.30 pagi.

"Mereka (pelajar) telah menjalani ujian yang ditetapkan dan barang-barang mereka telah disanitasi sebelum menaiki bas," katanya kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada pelajar berkenaan di terminal feri di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 48 adalah pelajar dari Sekolah Menengah Sains Labuan, 20 dari Kolej Matrikulasi Labuan, 15 dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), 10 dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan sembilan dari Kolej Vokasional Labuan.

Rithuan berkata, kira-kira 180 lagi pelajar dari Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching, Sarawak, yang masih berada di asrama akan dihantar pulang menerusi penerbangan membabitkan kumpulan seterusnya.

"Kami telah menyerahkan senarai pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman mereka di Sarawak kepada JPBN Sarawak untuk mengatur penerbangan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: