PPS SK Batu 10, SK Kampung Pasir ditutup

Banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor Bahru petang semalam. - Foto Bomba Johor
Banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor Bahru petang semalam. - Foto Bomba Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 ditutup sepenuhnya petang ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, sebuah lagi PPS iaitu SK Kampung Pasir telah ditutup pada jam 11.30 pagi tadi.

"SK Batu 10 dibuka pada jam 6.18 petang semalam menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga dari Kampung Laut Batu 10 Skudai.

"PPS kedua SK Kampung Pasir dibuka pada jam 8.02 malam, semalam menempatkan 31 orang mangsa daripada sembilan keluarga di Kampung Pasir," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, penutupan PPS itu dibuat berikutan tiada hujan lebat pada sebelah petang serta tiada kejadian air pasang.

Artikel Berkaitan: