Tindakan undang-undang jika salah guna logo TNB

Kenyataan daripada TNB hari ini berhubung tindakan undang-undang terhadap salah guna nama, logo dan tanda dagangan syarikat berkenaan.
Kenyataan daripada TNB hari ini berhubung tindakan undang-undang terhadap salah guna nama, logo dan tanda dagangan syarikat berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan nama, logo serta tanda dagangannya dalam apa jua bentuk.

TNB memaklumkan bahawa pihaknya berhak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap mana-mana syarikat atau individu yang melanggar hak atau menyalah guna nama dan logonya.

“Nama ‘Tenaga Nasional Berhad’ dan logonya adalah tanda dagangan atau 'trademark' berdaftar syarikat menurut Akta Cap Dagangan 2019.

“Oleh itu, sebarang penggunaan tanda dagangan oleh orang ramai perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada TNB.

“Mana-mana individu yang melanggar hak atau menyalah guna nama dan logo TNB dalam apa jua bentuk dinasihatkan untuk segera berhenti berbuat sedemikian,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu hari ini.

Pada masa sama, TNB menasihatkan orang ramai supaya tidak mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana syarikat yang mendakwa telah memperoleh persetujuan atau dilesenkan oleh TNB untuk membantu pendaftaran, pembaharuan sijil dan mengemas kini maklumat vendor.

Menurutnya, dua laman web iaitu www.e-tnb.com.my dan www.evendor.com.my adalah tidak mempunyai kebenaran daripada TNB.

“TNB tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau pihak lain sebagai ejen untuk melakukan proses pendaftaran, pembaharuan sijil atau kemas kini profil bagi vendor, pembekal dan kontraktor.

Artikel Berkaitan:

“Semua syarikat perlu berurusan secara langsung dengan TNB melalui TNB Supply Chain Management System di pautan https://srm.tnb.com.my/portal atau melalui e-mel evendor_perolehan@tnb.com.my,” katanya.