Operator kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 Shah Alam pagi tadi.
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 Shah Alam pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang operator kilang pemasangan kereta maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dikenali Azinor Isma Salim, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Shah Alam.

"Sampai di lokasi kejadian, mangsa telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng Yamaha 135LC pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 Shah Alam pagi tadi.
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 Shah Alam pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa yang parah membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan pemboncengnya wanita warga Indonesia berusia 22 tahun.

Katanya, mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Tambah Baharudin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.