X

Kindly register in order to view this article
!

Prosiding kes rogol warga Myanmar ditangguh kerana masalah bahasa

Kedua-dua tertuduh warga Myanmar dibawa anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Prosiding kes pertuduhan merogol wanita kurang upaya membabitkan dua lelaki warga Myanmar di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah bahasa.

Kedua-dua tertuduh iaitu Akramullah Jamal Hussein, 23, dan Shunamiya Abdul Salam, 36, tidak memahami bahasa Melayu menyebabkan Hakim Nooriah Osman menetapkan 3 Disember depan bagi membolehkan pertuduhan dibacakan semula dengan kehadiran jurubahasa Myanmar.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan kedua-duanya adalah warga asing.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua lelaki Myanmar ditahan polis pada 11 November lalu bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang wanita berusia 23 tahun yang pekak dan bisu di Ajil, Hulu Terengganu.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja di sebuah tapak projek pembinaan ditahan antara jam 10 dan 11 malam pada hari yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Reman dua warga Myanmar kes rogol OKU disambung


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!