PKPB: Kelantan tidak benarkan majlis kahwin, tunang

Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan. - Foto 123RF
Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga memutuskan penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta hari ini dan dimaklumkan menerusi satu pekeliling yang ditandatangani Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Tengku Kamaruddin Tengku Alias.

Beliau bagaimanapun berkata, upacara akad nikah dibenarkan namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu hanya boleh dihadiri 20 orang.

"Ia termasuk seorang juru nikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali dan dua orang saksi dan perlu dijalankan di premis persendirian, masjid atau seumpamanya.

"Kursus praperkahwinan juga ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalui dalam talian," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Beliau berkata, sebarang arahan atau keperluan tertakluk kepada ketetapan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Orang ramai boleh merujuk laman sesawang MKN untuk SOP terkini dan makluman lanjut dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan: