DBKL pantau warga asing berniaga di luar pasar borong

Annuar (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama kategori mural PBKL di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama kategori mural PBKL di Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penjaja termasuk warga asing dikesan menjalankan aktiviti perniagaan di luar pagar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, DBKL membuat pemantauan selepas penguatkuasaan bebas pekerja asing di pasar borong sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

"Mereka berniaga di tempat yang dilarang secara curi-curi termasuk peniaga warga asing yang tidak dibenarkan berniaga sama ada di dalam atau di luar pasar.

"Tempat meniaga ini penting dan jika menimbulkan kekotoran, menghalang lalu lintas atau siar kaki maka ia perlu dipantau DBKL," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pertandingan mural dan grafiti PBKL di sini hari ini.

Hadir sma Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Dalam pada itu, Annuar berkata, sebanyak 100 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang sekeliling PBKL sebagai langkah pemantauan kawalan dan keselamatan.

"Bukan hanya di dalam pasar borong tetapi di sekelilingnya juga supaya aktiviti di luar kawasan dapat dipantau selain penugasan unit bergerak penguatkuasaan ke arah kawalan yang lebih baik.

"Masih ada aktiviti yang langgar peraturan dikesan, namun saya harap ia dapat dibaiki dari masa ke masa oleh DBKL," katanya.

Artikel Berkaitan: