X

Kindly register in order to view this article
!

Kumpulan Allan tumpas, mangsa rugi RM3.7 juta

Ayob Khan (kiri) menunjukkan dokumen dan foto ketua kumpulan Allan dikenali sebagai Allan atau Muhammad Raif Lee Abdullah yang menjadi dalang utama pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan kumpulan Allan yang menjalankan kegiatan merekrut penagih dadah untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi sindiket Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud dalam dua serbuan berasingan Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi serbuan di Taman Perling dan Tampoi, 10 ahli kumpulan itu yang diberkas terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 19 hingga 41 tahun.

Jelas beliau, tangkapan ke atas kumpulan tersebut merupakan kejayaan pertama polis membabitkan kegiatan Macau Scam itu yang melibatkan jumlah kerugian dialami mangsa sebanyak RM3.7 juta.

"Kegiatan kumpulan ini dikesan selepas polis menahan sebuah kereta Proton Perdana yang dinaiki empat suspek selain menemui beberapa dokumen yang mengandungi butiran pemilik akuan bank yang mencurigakan.

"Polis kemudian menyerbu dua rumah sekitar Tampoi dan berjaya menahan enam orang berserta pelbagai nota, nombor akaun bank dan nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan (dua dari kiri) menunjukkan dokumen dan foto ketua kumpulan Allan dikenali sebagai Allan atau Muhammad Raif Lee Abdullah yang menjadi dalang utama pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

Katanya, semua suspek positif dadah, selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes penipuan.

Menurutnya, antara barangan yang dirampas tujuh telefon bimbit; empat keping sijil perakaun pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia; lima surat pengesahan majikan; empat kad ATM, lima sim kad, lima buku bank dan sebuah kereta Proton Perdana.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan yang beroperasi sejak Februari lalu adalah mereka mengumpulkan kad ATM untuk dijual kepada tiga sindiket penipuan Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Kata Ayob Khan lagi, kumpulan berkenaan menyasarkan penagih dadah sebagai mangsa di sekitar Larkin dan Jalan Wong Ah Fook di bandar raya ini yang akan dibayar untuk membuka akaun bank dan kad ATM.

Ayob Khan menunjukkan carta operasi dan modus operandi kumpulan Allan yang menjalankan kegiatan merekrut penagih dadah untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi sindiket Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud pada sidang akhbar di IPK Johor Johor Bahru hari ini.

"Penagih dadah akan dibawa ke bank untuk membuka akaun atas nama mangsa. Bank akan menghubungi ketua sindiket untuk pengesahan yang mana mangsa kononnya bekerja di sebuah syarikat yang didaftarkan sindiket ini," katanya.

Ayob Khan berkata, setelah akaun berjaya dibuka, kad ATM akan diserahkan kepada ketua sindiket sebelum ahli kumpulan itu diupah RM100 dan mangsa dibayar sebanyak RM200 untuk satu kad berserta nombor pin.

"Polis mengenal pasti sebanyak 91 kes membabitkan kumpulan Allan itu di seluruh negara dan percaya terdapat banyak lagi kumpulan yang bergiat aktif mencari dan mengumpul kad ATM untuk dijual kepada sindiket Macau Scam," ujarnya.

Beberapa dokumen, buku bank, kad ATM dan cap syarikat antara barang dirampas daripada kumpulan Allan yang menjalankan kegiatan merekrut penagih dadah untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi sindiket Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Pihaknya kini sedang memburu ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Allan atau Muhammad Raif Lee Abdullah yang masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

"Alamat terakhir ialah No 03-07 Blok 3, Jalan Mewah Ria 2/2, Taman Bukit Mewah, Johor Bahru. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan informasi kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPK Johor, Asisten Superintendan Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728," katanya.

Beberapa dokumen, buku bank, kad ATM dan cap syarikat antara barang dirampas daripada kumpulan Allan yang menjalankan kegiatan merekrut penagih dadah untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi sindiket Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.
Beberapa dokumen, buku bank, kad ATM dan cap syarikat antara barang dirampas daripada kumpulan Allan yang menjalankan kegiatan merekrut penagih dadah untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi sindiket Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!