MPK siap siaga hadapi banjir

Hamdan (tengah) menyaksikan pelepasan ikan koi pada Program satu warga satu ikan dan penyampaian hadiah pertandingan sempena Kuantan Bandaraya Lestari di Zoo Mini Teruntum, hari ini.
Hamdan (tengah) menyaksikan pelepasan ikan koi pada Program satu warga satu ikan dan penyampaian hadiah pertandingan sempena Kuantan Bandaraya Lestari di Zoo Mini Teruntum, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melalui Jawatankuasa Induk Banjir Peringkat Daerah sudah melakukan persediaan termasuk logistik bagi menghadapi bencana banjir susulan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku dari November hingga Mac tahun hadapan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin berkata, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga dalam persediaan bagi menghadapi kemungkinan itu.

Selain itu katanya, pihak berkuasa tempatan berkenaan sudah melaksanakan kerja-kerja memangkas pokok dan pembersihan longkang untuk keselamatan penduduk terutama di kawasan perumahan.

"Kita turut menjalankan penyelenggaraan di semua kawasan di bawah PBT ini dari masa ke masa sepanjang musim tengkujuh," katanya pada sidang akhbar selepas Program Satu Warga Satu Ikan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Kuantan Bandaraya Lestari di Zoo Mini Teruntum hari ini.

Mengulas lanjut mengenai program itu, beliau berkata, sebanyak 100 ekor ikan koi (cyprinus carpio) telah dilepaskan ke kolam zoo mini itu bagi menarik lebih ramai penghujung ke kawasan pelancongan tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Pahang dan sudah melepaskan 50 ekor ikan sungai seperti lampam, patin dan kerai.

Dalam pada itu Hamdan berkata, pihaknya akan menambah bilangan haiwan di zoo mini itu dalam masa terdekat termasuk burung, haiwan dan arnab.

Artikel Berkaitan: