Ikhlas Home Protect pelan komprehensif, ideal

Eddy Azly Abidin
Eddy Azly Abidin
A
A
A

SEMPENA Minggu Saham Digital (MSD) 2020, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, Takaful Ikhlas General Berhad memperkenalkan pelan takaful dalam talian iaitu Ikhlas Home Protect Takaful (Ikhlas Home Protect).

Ikhlas Home Protect merupakan pelan perlindungan komprehensif dan ideal yang memberikan perlindungan lengkap untuk kediaman serta isi rumah dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan dan limpahan tangki air.

Di samping itu, IkhlasHome Protect juga memberi perlindungan dari kerugian atau kerosakan akibat banjir pada kediaman dan isi rumah peserta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, pelan perlindungan itu juga menyediakan manfaat tambahan ke atas bangunan kediaman yang meliputi tunai pendahuluan, bantuan pembiayaan kediaman dan kerosakan kepada cermin kaca serta isi rumah yang merangkumi perlindungan harta di kawasan kediaman, kehilangan wang, kebakaran belukar dan lalang serta kerosakan harta benda akibat pokok tumbang atau ranting dan lain-lain.

“Selaras dengan matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, mudah dan pantas kepada orang ramai, pelan perlindungan Ikhlas Home Protect kini boleh didapati secara dalam talian.

“Sebelum ini, Ikhlas Home Protect hanya dipromosikan melalui ejen takaful, kaunter cawangan Takaful Ikhlas serta saluran e-mel Salam Ikhlas.

“Kini pelan perlindungan takaful rumah yang komprehensif ini boleh diakses di hujung jari bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, selain menyediakan perlindungan yang komprehensif untuk kediaman dan isi rumah, Ikhlas Home Protect juga dapat memberi pulangan lebihan (jika ada), sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap sijil.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu lagi keistimewaan Ikhlas Home Protect, peserta turut mendapat manfaat Ikhlas Wakaf & Endowmen (IWE).

“Melalui IWE, Takaful Ikhlas akan memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan,” katanya.

Sempena MSD, orang ramai boleh melanggan pelan perlindungan Ikhlas Home Protect Takaful secara dalam talian di www.takaful-ikhlas.com.my dengan rebat sebanyak 15 peratus.

Orang ramai yang mendapatkan produk-produk Takaful Ikhlas sepanjang tempoh MSD juga berpeluang menyertai Cabutan Rezeki Ikhlas dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Takaful Ikhlas sempena MSD, layari laman-laman media sosial rasmi Takaful Ikhlas iaitu @takafulikhlas.official di Instagram dan @TakafulIKHLAS di Facebook serta laman web rasmi Takaful Ikhlas www.takaful-ikhlas.com.my.