MAIS bantu mangsa banjir di Hulu Langat, Sepang

Sebanyak 1,000 set makanan disalurkan kepada penduduk di sekitar Hulu Langat dan Sepang yang terjejas teruk akibat banjir pada 4 November lalu.
Sebanyak 1,000 set makanan disalurkan kepada penduduk di sekitar Hulu Langat dan Sepang yang terjejas teruk akibat banjir pada 4 November lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,000 set makanan membabitkan peruntukan sebanyak RM50,000 disalurkan kepada penduduk di sekitar Hulu Langat dan Sepang yang terjejas teruk akibat banjir pada 4 November lalu.

Anggota MAIS, Profesor Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata, sumbangan makanan kering itu dilaksanakan melalui peruntukan Baitulmal MAIS dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

"Sebanyak 964 set makanan kering seperti beras, minyak, gula, tepung dan susu diagihkan kepada wakil ketua kampung sekitar Hulu Langat dan selebihnya untuk penduduk daerah Sepang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu 20, Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso berkata, sumbangan berkenaan dapat mengurangkan beban penduduk kampung.

"Terima kasih kepada MAIS atas sumbangan ini," katanya.

Turut hadir Setiausaha MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Ahli Jawatankuasa Pelaburan MAIS, Rohani Shahir, Penghulu Mukim Hulu Langat, Norezudin Kamaruddin.

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat, Mahayudin Abu Bakar, Pengurus Besar Teras, Mohd Hasnul Redza Abd Rahim dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Mohd Na'aim Harun.

Artikel Berkaitan: