Mangsa banjir di Melaka berkurangan pagi ini

Keadaan banjir di kawasan rumah penduduk di Kampung Tanjung Labuh, Tehel pada 20 November lalu. - Foto Bernama
Keadaan banjir di kawasan rumah penduduk di Kampung Tanjung Labuh, Tehel pada 20 November lalu. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 471 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding 496 mangsa malam tadi.

Menurut aplikasi infoBencana JKM, ia berikutan 25 mangsa daripada empat keluarga yan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di Alor Gajah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

PPS SK Durian Tunggal sebelum ini menempatkan 71 mangsa daripada 15 keluarga sehingga 8 malam tadi.

Sementara itu, mangsa banjir di lima PPS lagi masih kekal dengan SK Ayer Molek di Melaka Tengah menempatkan 100 mangsa (29 keluarga).

Di Jasin, jumlah mangsa banjir kekal dengan SK Tehel menempatkan 125 mangsa (30 keluarga), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen melibatkan 61 mangsa (16 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil mempunyai 122 mangsa (52 keluarga).

Sebanyak enam PPS masih kekal dibuka di tiga daerah di negeri ini sejak banjir mula melanda Jumaat lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: