redONE tawar data tanpa had, telefon pintar percuma

redONE menawarkan pelan yang memenuhi permintaan pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat.
redONE menawarkan pelan yang memenuhi permintaan pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat.
A
A
A

REDONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia baru-baru ini melancarkan pelan baharu yang menawarkan data tanpa had dan telefon pintar percuma kepada pelanggannya.

Tawaran itu bertujuan untuk memenuhi permintaan pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat terutamanya dalam keadaan ekonomi masa kini dan pelan itu bermula serendah RM38 sebulan.

Mengikuti permintaaan pasaran data tanpa had kini, redONE turut melancarkan pelan Hybrid50U yang baharu pada harga hanya RM50 sebulan.

Pelan itu menawarkan data dan panggilan tanpa had serta data 10GB 4G LTE.

Ia merupakan pelan mudah alih Hybrid kerana mempunyai semua kelebihan sebagai pelan pascbayar tanpa komitmen kontrak, sama seperti pelan prabayar.

Dikenali kerana mempunyai pelan pascabayar terendah di pasaran pada RM8 sahaja, redONE kini turut menawarkan komitmen bulanan terendah dengan telefon pintar percuma.

Pelan Smart38 dilengkapi telefon pintar Nokia C2 percuma berserta data 33GB dan panggilan tanpa had hanya pada RM38 sebulan.

Terdapat juga pelan lain di bawah siri Smart iaitu pelan Smart68X yang menawarkan 70GB data, panggilan tanpa had serta telefon pintar Nokia 2.4 percuma dengan hanya RM68 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan Smart68X boleh menaik taraf telefon ke Nokia 5.3 yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi dengan tambahan RM300 sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, redONE gembira menjadi antara syarikat telco yang menawarkan data tanpa had dan 10GB data berkelajuan tinggi yang boleh dikongsi melalui hotspot.

Dalam pada itu katanya, pelan Smart pula adalah usaha redONE untuk membawa telefon dan pakej 4G yang berpatutan kepada pengguna memandangkan rangkaian 3G di Malaysia akan ditutup secara beransur-ansur tahun hadapan.

"Kami percaya bahawa telefon pintar haruslah lebih mudah untuk diaskes bersama-sama dengan pelan yang murah. Kedua-duanya adalah padanan yang sempurna,” katanya.

Pelan Hybrid50U boleh didapati di semua cawangan dan pada rakan niaga redONE manakala pelan Smart pula boleh didapati di cawangan redONE dan rakan niaga terpilih sahaja. Untuk info lanjut, boleh layari redONE.com.my.