KK Super Mart kongsi rezeki sempena Deepavali

KK Super Mart bekerjasama dengan Persatuan Karate-Do Goju Kai Selangor dan Makkal Osai bagi mengagihkan sumbangan barang keperluan kepada golongan yang memerlukan sempena Deepavali.
KK Super Mart bekerjasama dengan Persatuan Karate-Do Goju Kai Selangor dan Makkal Osai bagi mengagihkan sumbangan barang keperluan kepada golongan yang memerlukan sempena Deepavali.
A
A
A

KUALA LUMPUR - KK Super Mart terus aktif dalam menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dan sempena Deepavali, rangkaian kedai serbaneka 24 jam itu bekerjasama dengan Persatuan Karate-Do Goju Kai Selangor dan syarikat akhbar Tamil, Makkal Osai bagi mengagihkan sumbangan barang keperluan kepada golongan yang memerlukan.

KK Super Mart menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 50 beg sumbangan berisi barangan dapur diserahkan kepada Makkal Osai untuk diagihkan kepada keluarga berbangsa India dalam kalangan B40.

Menurut kenyataan itu, Pusat Jagaan Beribuan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai dan Rumah Keluarga Kami yang terletak di Kajang, Selangor menjadi pilihan KK Super Mart dan Persatuan Karate-Do Goju Kai Selangor untuk menerima pelbagai barangan keperluan harian.

Antara yang disumbangkan ialah beras, sardin, gula, minyak masak, milo, coklat, air tin, keropok, sabun mandi, sabun basuh baju serta pelitup muka.

"Baru-baru ini, KK Super Mart turut mengagihkan 1,000 keping pelitup muka kepada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sekitar Lembah Klang.

"Perkongsian rezeki dan bantuan amat penting bagi meringankan beban masyarakat yang terjejas akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara sejak awal tahun ini," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, KK Super Mart yang diketuai Datuk Seri Dr KK Chai bukan sekadar syarikat perniagaan yang mementingkan keuntungan semata-mata tetapi terus komited untuk bersama-sama pelbagai pihak bagi memberikan yang terbaik untuk membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Artikel Berkaitan: