Strategi BAM perkemas rentak skuad badminton negara

Choong Hann (tengah) sentiasa mahu memastikan pemain negara berada pada tahap terbaik.
Choong Hann (tengah) sentiasa mahu memastikan pemain negara berada pada tahap terbaik.
A
A
A

SEJUMLAH 124 peserta terdiri daripada pemain remaja dan senior akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Pasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kejohanan di dalam negara itu akan bermula esok sehingga Rabu ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukity Kiara di sini merupakan sebahagian daripada rancangan bagi memastikan semua pemain berada di tahap optimum.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkat,a pertandingan ini akan mengikuti format sama seperti Piala Sudirman dengan 11 perlawanan berlangsung melibatkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, beregu campuran dan acara tiga berpasukan lelaki dan wanita.

“Mereka akan dibahagikan kepada empat pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 31 pemain senior dan remaja. Kami memberi peluang ini kepada pemain muda untuk berhadapan senior dengan harapan mereka boleh menimba pengalaman dan memberikan motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih keras.

"Gabungan pasukan terdiri daripada pemain senior dan remaja adalah bertujuan untuk memberikan semua pemain peluang untuk merasai suasana pertandingan berikutan ketiadaan kejohanan sebenar buat masa ini,” kata Wong dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa yang sama juga BAM mahu membina semangat berpasukan dan membentuk kerjasama dalam kalangan pemain di bawah kendaliannya.

Wong berkata, pertandingan ini tidak menyasarkan untuk mempersiapkan mana-mana pemain untuk kejohanan antarabangsa pertama yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan.

Beliau percaya menerusi program latihan ini dan kejohanan antarabangsa yang dirancang oleh panel jurulatih dan pengurusan BAM pada masa ini, akan memastikan setiap pemain berada pada tahap persediaan yang sama.

Artikel Berkaitan:

“Kami tidak bimbang mengenai mempersiapkan pemain sebelum kejohanan itu pada Januari 2021 kerana kami perlu bersedia walau apapun terjadi. Tiada yang perlu dirisaukan tentang keadaan semasa jika tumpuan diberikan sepenuhnya sepanjang sesi latihan, hasilnya hampir sama semasa kejohanan,” kata beliau. - Bernama