X

Kindly register in order to view this article
!

Perancis larang siar gambar atau video pegawai polis bertugas

Penunjuk perasaan berhimpun di Paris semalam bagi menentang draf undang-undang baharu yang melarang media atau orang awam merakam dan menyiarkan gambar atau video anggota polis yang sedang bertugas. - Foto: Agensi
A
A

PARIS - Perancis yang taksub dengan amalan kebebasan bersuara selepas membenarkan penyiaran karikatur Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan dunia Islam berdepan bantahan daripada rakyatnya sendiri yang menentang rancangan Undang-Undang Keselamatan Global.

Semalam, ribuan orang berhimpun di Paris dan beberapa bandar utama di seluruh negara buat kali kedua dalam tempoh seminggu bagi membantah undang-undang itu yang dilihat bakal menjejaskan kebebasan maklumat dan hak media.

Perhimpunan itu turut disertai Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Amnesty International, Human Rights League dan kesatuan wartawan serta kumpulan pelajar.

Di bawah undang-undang baharu yang telah diundi di Parlimen itu, adalah menjadi kesalahan jenayah untuk merakam dan menerbitkan gambar atau video wajah pegawai polis yang sedang bertugas.

Organisasi atau individu yang melanggar undang-undang keselamatan itu bakal berdepan satu tahun penjara dan denda sebanyak 45,000 Euro (RM218,354).

Perdana Menteri, Jean Castex mempertahankan undang-undang itu kononnya sebagai jaminan keselamatan kepada anggota polis yang berdepan tindakan ganas perusuh.

"Ia tidak menghalang kebebasan maklumat sebaliknya cara terbaik untuk menghindarkan anggota polis dikenali, sekali gus mengelak mereka menjadi sasaran penunjuk perasaan," katanya.

Namun, pengkritik menganggap ia sebagai langkah menghalang orang awam daripada merakam keganasan polis seperti yang berlaku semasa protes antikerajaan 'jaket kuning' pada tahun lalu yang menyaksikan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan melampau bagi menyuraikan tunjuk perasaan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!