X

Kindly register in order to view this article
!

Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di NS

Negeri Sembilan mencatatkan 29 kes baharu positif Covid-19 hari ini dan 16 daripadanya merupakan Kluster Bakti.
A
A

SEREMBAN - Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Negeri Sembilan iaitu Kluster Bakti.

Dengan pertambahan itu, sebanyak enam kluster Covid-19 dikesan di negeri ini sehingga hari ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kluster baharu itu melibatkan sebuah penjara.

"Kes indeks positif Covid-19 adalah hasil saringan kemasukan tahanan ke penjara hari ini.

"Seramai 481 individu telah disaring dan 16 daripadanya telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Veerapan berkata, lima kluster lain yang masih aktif ialah Kluster Cergas sebanyak 1,326 kes, Kluster Kaya (541 kes), Kluster Lengkuk (265 kes), Kluster Taman Bunga (61 kes) dan Kluster Oad (19 kes).

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 29 kes positif Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 3,944 kes.

"Dari jumlah tersebut, sebanyak 3,127 kes telah sembuh dan discaj, manakala 809 kes masih menerima rawatan di wad dan lapan kes pesakit yang meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, terdapat 1,825 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah iaitu jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir.

"Pertambahan 29 kes baharu hari ini tidak melibatkan kes import luar negara dan hanya melibatkan kes tempatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!