X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja dicabul dalam lif rumah PPR

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam apabila dia dicabul ketika berada dalam lif di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak di sini pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 17 tahun berada di dalam lif terbabit bersama seorang lelaki.

"Mangsa telah menekan butang lif untuk ke rumahnya di tingkat 14, manakala lelaki terbabit ke tingkat 11.

"Kemudian, secara tiba-tiba lelaki terbabit bertindak merapatkan badan ke arah mangsa sebelum meraba mangsa. Mangsa kemudian menolak suspek setelah pintu lif terbuka di tingkat 11 dan berlari keluar daripada lif namun terus diekori suspek," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa telah menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri ke arah tangga.

Bimbang dengan kejadian itu, katanya, mangsa telah menceritakan kejadian kepada ibunya.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!