Tetamu kenduri Kampung Chengal perlu saringan Covid-19

Datuk Dr Zaini Hussin
Datuk Dr Zaini Hussin
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menasihatkan mana-mana pihak yang menghadiri kenduri di Kampung Chengal, Ketereh pada Ahad lalu supaya menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah tersebut susulan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disahkan positif pandemik itu.

“Kita harap orang ramai yang hadir ke majlis tersebut buat saringan di klinik berhampiran memandangkan pihak kami telah mengenal pasti seorang tetamu yang hadir pada majlis tersebut positif Covid-19 selepas membuat saringan.

“Buat masa ini kita masih menyiasat maklumat lanjut berkenaan kontak rapat dan kluster yang terlibat dengan individu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sehingga jam 12 tengahari, sebanyak lapan kes jangkitan Covid1-9 dicatatkan di Kelantan semalam melibatkan empat daerah utama iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: