'Jangan politikkan isu larangan jual arak di Kuala Lumpur'

Kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober tahun hadapan. - Foto 123RF
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110860/EDISI/Selangor-KL/Tiga-jenis-premis-dilarang-jual-arak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober tahun hadapan. - Foto 123RF Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110860/EDISI/Selangor-KL/Tiga-jenis-premis-dilarang-jual-arak © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
A
A
A

SHAH ALAM - MIC Wilayah Persekutuan mengingatkan ahli politik dan wakil rakyat yang menentang perlaksanaan garis panduan lesen minuman keras (LMK) supaya tidak mempolitikkan isu itu, sebaliknya ia adalah untuk kebaikan umum.

Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, D R Pala Kumaran berkata, penjualan minuman keras itu bukannya diharamkan sepenuhnya tetapi hanya dihadkan kepada premis-premis tertentu.

“Malah, penjualan minuman beralkohol tertentu seperti bir dibenarkan di kedai runcit atau serbaneka selagi peraturan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, MIC Wilayah Persekutuan menyambut baik keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan LMK pada bulan ini.

Menurutnya, antara punca masalah sosial yang berlaku di Kuala Lumpur datang daripada peminum arak kurang bertanggungjawab tanpa mengira bangsa dan umur, akibat daripada polisi yang tidak ketat.

“Mudah untuk mendapatkan samsu atau minuman beralkohol di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan perumahan yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah menyebabkan mereka tercicir dari arus perubahan dan pembangunan negara kerana dikawal oleh bahana arak," katanya.

Tambahnya lagi, MIC telah giat berkempen selama beberapa dekad yang lalu untuk menghapuskan jualan samsu haram dan arak secara berleluasa di negeri ini.

“Di bawah kepimpinan bekas Presiden, Tun S Samy Velu, parti tersebut telah memberi beberapa memorandum kepada pihak DBKL dan kementerian berkaitan untuk tujuan ini serta mengetengahkan keperluan untuk memperketatkan peraturan penjualan samsu dan alkohol di Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Pala Kamaran, pengenalan garis panduan tersebut adalah bukti komitmen MIC dalam isu ini telah membuahkan hasil.

“Garis panduan ini termaktub beberapa perkara penting, khususnya pengharaman jualan samsu sepenuhnya mulai 15 Disember 2020 dan penamatan lesen jualan liquor di kedai runcit berkuat kuasa 1 Oktober 2021 kecuali bagi tujuan ubatan tradisional.

“Terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan di atas tindakan memperkenalkan garis panduan ini kerana impaknya dalam penyelesaian masalah sosial adalah amat ketara.

“Penghargaan tinggi juga disampaikan kepada Tan Sri S A Vigneswaran, Presiden MIC dan Datuk S Rajah, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan selaku Ahli Lembaga Penasihat dan Lembaga Eksais DBKL yang telah sama-sama berganding bahu dengan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memperkenalkan peraturan baharu ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan kedai runcit jual arak muktamad

Tiga jenis premis dilarang jual arak