X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang DUN Terengganu bermula 23 November

Yahaya Ali
A
A

KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan bermula esok dilanjutkan kepada tiga hari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditamatkan lebih awal.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata, mesyuarat itu akan berlangsung pada 23 hingga 25 November dan dengan perkembangan baharu itu kenyataan dikeluarkan pada 11 November lalu adalah terbatal.

“Walau bagaimanapun, pihak DUN tetap dengan keputusan bahawa hanya ahli yang berhormat dan ketua jabatan sahaja yang dibenarkan hadir.

“Semua jemputan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan persidangan DUN Terengganu yang dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 23 hingga 26 November dipendekkan kepada dua hari iaitu 23 dan 24 November.

Yahaya dilaporkan berkata, keputusan itu selaras dengan pelaksanaan PKPB selama empat minggu bermula 9 November lalu bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!