Pakistan rancang eksport keldai ke China

Pakistan yang mempunyai populasi keldai ketiga terbesar di dunia. - Foto Dawn
Pakistan yang mempunyai populasi keldai ketiga terbesar di dunia. - Foto Dawn
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Pakistan yang mempunyai populasi keldai ketiga terbesar di dunia akan mengeksport haiwan tersebut ke China, bagi membuka ruang menjana pendapatan besar untuk negara.

Kerajaan Pakistan dilaporkan merancang untuk mengeksport sehingga 80,000 ekor keldai ke China dalam masa tiga tahun pertama.

"Projek mengeksport keldai berkenaan akan membantu meningkatkan sosio-ekonomi komuniti penternak keldai dalam meningkatkan tahap kesihatan dan pembiakan haiwan," kata pegawai Jabatan Penternakan di Khyber-Pakhtunkhwa sambil menambah ia akan turut memfokuskan usaha untuk meningkatkan eksport.

Keldai dilihat mempunyai nilai tinggi di China, terutama untuk kegunaan perubatan tradisional China, gelatin diperbuat daripada kulit keldai misalnya dipercayai mampu meningkatkan sistem imun. - Agensi

kapsyen:Pakistan yang mempunyai populasi keldai ketiga terbesar di dunia. - Foto Dawn

Artikel Berkaitan: