Pensyarah dicekup bersama 'pump gun'

PGA Batalion 8 merampas selaras 'pump gun' di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas semalam.
PGA Batalion 8 merampas selaras 'pump gun' di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas semalam.
A
A
A

RANTAU PANJANG- Tindakan seorang pensyarah melepaskan tembakan ke arah kawasan sawah padi di Kampung Tasek Berangan, Repek, di sini mengundang padah apabila dicekup semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 3 petang oleh anggota PGA Batalion 8, Pengkalan Chepa yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pengawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, anggotanya telah terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan kejadian.

"Hasil pemerhatian yang dibuat, kita dapati seorang lelaki telah turun dari kenderaan itu dengan menggalas selaras senapang.

"Lelaki itu kemudian telah bertindak melepaskan tembakan ke arah kawasan sawah padi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, anggota PGA terus menghampiri lelaki itu dan kemudian merampas senapang terbabit.

PGA Batalion 8 merampas selaras 'pump gun', sembilan butir peluru hidup, lima butir peluru pellets dan 158 butir bebola besi di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas semalam.
PGA Batalion 8 merampas selaras 'pump gun', sembilan butir peluru hidup, lima butir peluru pellets dan 158 butir bebola besi di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati senjata api itu dari jenis 'pump gun'.

Artikel Berkaitan:

Muhammad berkata, pemeriksaan pada bahagian senapang itu telah menemui dua butir peluru hidup.

Katanya, pemeriksaan lanjut diteruskan ke atas pacuan empat roda dan menjumpai sembilan butir peluru hidup.

"Selain itu, kita turut temui lima butir peluru pellets dan 158 butir bebola besi.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM23,264," katanya.

Muhammad berkata, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 7 (1) (a) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Katanya, PGA tidak menolak kemungkinan senjata api itu diseludup melalui pengkalan haram.

"Suspek juga tidak mempunyai lesen dan permit ke atas senapang tersebut," katanya.