X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Perak mulai pulih

Agensi terlibat bertungkus-lumus membantu memindahkan mangsa banjir di daerah LMS dengan dua lagi PPS dibuka di daerah itu semalam. - Foto Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak
A
A

IPOH - Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila hanya tinggal 199 mangsa daripada 77 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 1 petang hari ini berbanding 736 mangsa awal pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, jumlah itu membabitkan 47 mangsa di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dan 152 orang yang berlindung di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai.

"Antara kampung yang masih terjejas adalah Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati dan Kampung Jebong Kiri dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang.

"Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Air Itam 2 dan 3, Kampung Ban Pisang, Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Abu Hassan Ban dan Kampung Parit Ali Kalang, Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Lebai Kadir yang turut terjejas akibat banjir berada dalam kawasan DUN Gunung Semanggol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Paras air di kebanyakan kawasan mulai surut dan penduduk yang ditempatkan di empat PPS sebelum ini telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

PPS di Masjid Toh Paduka Ijok telah pun ditutup sepenuhnya pada jam 10.30 pagi tadi diikuti PPS yang lain iaitu Dewan Semai Bakti, Felda Ijok dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara di Batu Kurau.

Selain itu, sebuah PPS yang dibuka di dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap pada Khamis lepas juga sudah ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Perak terus meningkat

Banjir: 246 penduduk dipindahkan di Perak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!