Tak perlu takut dengan 'Bossku': Pemerhati politik

Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman Facebook, miliknya.
Antara gambar yang dikongsikan Najib di laman Facebook, miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR – PH tidak sepatutnya bimbang dan gundah dengan kemunculan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Bossku bersama rakyat.

Merujuk lima laporan polis susulan program yang diadakan di Langkawi itu, pensyarah politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu sesuatu yang normal.

“Reaksi (laporan polis) itu normal. Zaman BN dulu pun banyak laporan polis dibuat terhadap pemimpin PH yang masuk kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu lapor polis 'Bossku' turun Langkawi, kata Rais

ARTIKEL BERKAITAN: Selfie pun salah ke, soal Najib

“Pengadu di Langkawi bimbang Najib ganggu ketenteraman penduduk di sana. Tapi umum maklum, Najib tiada sebarang kepentingan mahupun jawatan dalam parti kecuali Ahli Parlimen Pekan sahaja, buatlah apa beliau nak buat,” katanya kepada Sinar Harian.

Nasi lemak bungkus antara menu sarapan Najib ketika berada di Langkawi.
Nasi lemak bungkus antara menu sarapan Najib ketika berada di Langkawi.

Media melaporkan, polis Langkawi menerima lima laporan polis susulan Program Bossku yang diadakan bekas Perdana Menteri itu di Langkawi selama tiga hari bermula kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan polis itu dibuat oleh anggota Bersatu Langkawi susulan program yang diadakan di kawasan Pantai Cenang, semalam.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima lima laporan yang mahu polis menjalankan siasatan sama ada program itu mendapat permit, ada unsur hasutan atau perkauman.

Bagaimanapun, polis mendapati tiada sebarang ceramah dirancang hanya program minum santai sahaja.

Difahamkan, Najib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 6.30 petang kelmarin untuk menghadiri Program Bossku.

Dalam program dirancang itu beliau turut bertemu dengan pemandu teksi Langkawi dan mengadakan konvoi motosikal bersama anak muda.