Sultan Johor kurnia DMIJ kepada empat individu

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan DMIJ kepada Dr Aman yang membawa gelaran Datuk di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office (RPO)
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan DMIJ kepada Dr Aman yang membawa gelaran Datuk di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office (RPO)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dạtuk kepada empat individu.

Majlis penganugerahan berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-62 pada hari ini.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

David Wong, Salehuddin, Avinderjit Singh dan Aman menerima DMIJ daripada Sultan Ibrahim yang membawa kepada gelaran Datuk di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office (RPO)

DMIJ dianugerahkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Salehuddin Hassan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu; Mejar Cina, David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Avinderjit Singh Harjit Singh.

David Wong yang juga daripada keturunan Wong Ah Fook dilantik sebagai Mejar Cina atas perkenan Sultan Johor pada September lalu.

Beliau menjalankan tugas dan bekerjasama dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan kurniaan barangan keperluan makanan kepada Bangsa Johor.