X

Kindly register in order to view this article
!

155 mangsa terjejas banjir kilat di Pontian, Johor Bahru

Seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas berikutan banjir kilat melanda dua daerah di negeri ini akibat hujan lebat petang semalam. Gambar hiasan 123RF
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas berikutan banjir kilat yang melanda dua daerah di negeri ini akibat hujan lebat petang semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian dan Johor Bahru setakat jam 8 pagi tadi.

"Di Johor Bahru, seramai 144 orang daripada 36 keluarga dari Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir.

"Di Pontian pula, mereka yang terjejas adalah daripada Kampung Ulu Pulai dan kini berada di PPS dewan masjid kampung itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak kerajaan sentiasa memantau keadaan banjir di negeri ini dan akan membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!