Kumpul barang unik, sukar ditemui

Adzly bersama tiga pedang antik yang diperoleh empat tahun lalu.
Adzly bersama tiga pedang antik yang diperoleh empat tahun lalu.
A
A
A

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Seorang peniaga barangan antik bertuah kerana dapat mengumpul barang lama yang unik, sukar ditemui serta klasik.

Adzly Othman, 38, berkata, antara barang yang mendapat perhatian rakan dan pelanggannya adalah pedang antik bertulisan Cina termasuk dua 'pedang beradik' berukir gambar naga di bahagian hulunya.

"Saya berhasrat jual koleksi tiga pedang antik yang diperoleh sejak empat tahun lalu ini pada harga RM10,000 tapi setakat ini cuma ada pihak tawarkan harga lebih RM1,000 bagi setiap satu pedang itu senjata itu.

"Sebenarnya saya bukan penyimpan koleksi barang lama, namun menerusi perniagaan ini saya bertuah dan memiliki pelbagai koleksi lama yang diperoleh secara kebetulan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, memang ramai yang tertarik melihat koleksi dimiliki termasuk peminat barangan antik berbangsa Cina dan menawarkan harga lebih rendah.

Tiga pedang antik dari China yang diperolehi oleh Adzly
Tiga pedang antik dari China yang diperolehi oleh Adzly

Dalam pada itu, Adzly yang menjual barangan lupus dari Singapura berkata, dia turut menjadikan premis perniagaannya seperti galeri barangan antik.

"Saya ada menyimpan beberapa senjata tradisi, hiasan dan peralatan budaya dari China, Jawa, Arab, Jepun, Melayu dan keturunan Arab Singapura.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, saya turut ada pedang Jepun, hiasan batu jed, pelbagai senjata lama seperti keris dan tiga lagi senjata unik kemungkinan dari Jawa yang jarang diketahui kerana keunikannya tajam di bahagian hujung dan hulu," katanya.

Katanya, semua barangan antik itu diperoleh daripada belian secara pukal dari pembekal Singapura, namun sebahagian tidak dijual kerana mempunyai nilai sejarah dan sukar diperoleh.

"Mungkin pemilik asal atau warisnya tidak sengaja melupuskan kepada pembekal barangan lusuh di negara itu," katanya.