X

Kindly register in order to view this article
!

TRW guna ramuan Itali

Norizam Tukiman
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman hampir pasti memilih ketua jurulatih dari Itali bagi memperkasakan The Red Warriors (TRW) itu dengan 'ramuan' Itali dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Norizam berkata, ketika ini rundingan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan jurulatih itu menunjukkan minat bersama Kelantan.

"Jurulatih itu dilihat selesa dengan tawaran yang diberikan Kelantan FC serta bersedia untuk menerapkan corak permainan baharu.

"Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pengendali dari Itali itu nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan pemilik pasukan Kelantan melakukan rombakan besaran terhadap barisan jurulatih apabila tidak menyambung kontrak ketua jurulatih musim ini Yusri Che Lah dan tiga pembantunya Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood dan Ismail Chawalit Abu Bakar. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!