Ribuan pelajar Thai berkumpul menentang pemerintah

Seorang penunjuk perasaan memakai pelekat mulut ketika perhimpunan 'Pelajar Jahat' di Bangkok. - AFP c
Seorang penunjuk perasaan memakai pelekat mulut ketika perhimpunan 'Pelajar Jahat' di Bangkok. - AFP c
A
A
A

BANGKOK - Ribuan pelajar sekolah menengah menyertai satu perhimpunan di ibu negara Thailand hari ini bagi menuntut reformasi pendidikan serta peletakan jawatan Perdana Menterinya selain mengekang sistem pemerintahan monarki.

Polis berkata, protes yang disertai 'pelajar jahat' mungkin berterusan walaupun dua pemimpin kumpulan itu telah ditahan semalam atas dakwaan tunjuk perasaan sebelum ini.

"Kami berada di sini untuk meminta kebebasan yang diambil daripada kami dan pembaharuan pendidikan," kata Mameaw berusia 18 tahun.

Penunjuk perasaan menunjukkan tanda tiga jari ketika perhimpunan 'Pelajar Jahat' di Bangkok. - AFP
Penunjuk perasaan menunjukkan tanda tiga jari ketika perhimpunan 'Pelajar Jahat' di Bangkok. - AFP

Protes yang bermula sejak Julai lalu menuntut tiga perkara utama iaitu peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut chan-o-cha, pembaharuan Perlembagaan dan reformasi sistem monarki Raja Maha Vajiralongkorn.

Bagaimanapun mereka juga menuntut kebebasan lebih besar dalam sistem pendidikan yang dianggap kuno dan lebih cenderung memupuk sifat patuh kepada pemerintah.

Semalam, Prayut berkata, polis akan menggunakan semua undang-undang terhadap penunjuk perasaan termasuk undang-undang lese majeste. - Agensi

Artikel Berkaitan: