X

Kindly register in order to view this article
!

Donald Trump Jr positif Covid-19

Donald Trump Jr disahkan positif Covid-19 walaupun asimptomatik.
A
A

WASHINGTON - Donald Trump Jr yang juga anak kepada Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS) disahkan positif koronavirus (Covid-19) walaupun asimptomatik.

Menurut jurucakapnya, keputusan itu diperoleh pada awal minggu lalu dan dia kini sedang menjalani kuarantin.

Trump Jr ialah ahli terbaru dalam keluarga bilionair hartanah terbabit yang dijangkiti virus tersebut selepas Trump bersama Wanita Pertama, Melania dan anak mereka, Barron kini sudah pulih.

Semalam, anak lelaki kepada peguam peribadi pemimpin itu, Rudy Giuliani juga positif Covid-19.

Trump Jr, 42, ialah salah seorang pembela bapanya yang paling lantang dan agresif yang turut enggan mengiktiraf kemenangan bakal Presiden ke-46 AS, Joe Biden pada Pilihan Raya Presiden AS 2020 berlangsung 3 November lalu.

Beberapa hari selepas pengundian tersebut, Trump Jr menggalakkan bapanya supaya melancarkan 'perang' terhadap penipuan undi walaupun tiada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Seperti bapanya, Trump Jr juga sering memandang rendah terhadap ancaman wabak tersebut. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!