Indonesia catat 4,998 kes baharu

Kes keseluruhan Covid-19 di republik itu kini menjangkau 493,308 kes. - Foto 123RF
Kes keseluruhan Covid-19 di republik itu kini menjangkau 493,308 kes. - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu pandemik koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini menjangkau 493,308 kes, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini.

Menurutnya, 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 24 jam sejak jam 12 tengah hari semalam itu, 96 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di republik itu kini 15,774 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 125,822 dengan tambahan 1,579 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,125 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: