Waspada hujan lebat di kebanyakan negeri

Amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di kebanyakan negeri di Semenanjung sehingga 23 November. (Gambar hiasan)
Amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di kebanyakan negeri di Semenanjung sehingga 23 November. (Gambar hiasan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) sehingga Isnin ini (23 November).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang) bermula esok (22 November) hingga Isnin (23 November) ini.

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5-meter dijangka bertiup di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: