Media perlu main peranan bantu kerajaan

Fuziah Salleh (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu jemputan dan media pada majlis makan malam bersama media sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Horizon Garden di sini, malam tadi.
Fuziah Salleh (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu jemputan dan media pada majlis makan malam bersama media sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Horizon Garden di sini, malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan menyeru agar pengamal media bersama-sama membantu memainkan peranan penting untuk menghentikan jurang perkauman dan agama yang semakin parah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, antara peranan yang boleh dimainkan oleh pengamal media ialah dengan mengurangkan penggunaan berita yang mampu mengapi-apikan sentimen perkauman.

“Semua pihak kena main peranan dan tidak menyebarkan sentimen mengapi-apikan perkauman, tidak kira pengamal media arus perdana atau penggiat media sosial... semua harus lebih bertanggungjawab.

"Di media sosial seperti Facebook atau WhatsApp diharap rakyat tidak menyebarkan sebarang berita yang boleh menambah sentimen perkauman supaya dapat mewujudkan perasaan cintakan negara ,hidup aman damai dan hormat menghormati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis makan malam bersama media sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Horizon Garden di sini, malam tadi.

Turut hadir sama, Adun Semambu, Lee Chean Chung.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jurang antara kaum dan agama sejak kebelakangan ini dilihat semakin membimbangkan dan tidak sihat untuk negara ini bagi jangka panjang.

“Kerajaan mahu mewujudkan Malaysia yang masyarakatnya menghormati antara satu sama lain, menikmati kemakmuran bersama dan menjadi model kepada negara lain.

Artikel Berkaitan:

"Kita mampu menjadi model kerana walaupaun negara kita mempunyai pelbagai budaya kaum dan agama namun mereka sangat menjunjung perlembagaan. Sebab itu semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi mencapai tujuan itu,” katanya.

Sementara itu, Fuziah turut berterima kasih dan menghargai bantuan media sejak menjadi wakil rakyat pada 2008 dan dilantik timbalan menteri yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Seperti contoh dalam isu pengangkutan, liputan meluas dan suara di Parlimen mengenai masalah pengangkutan awam menyebabkan kerajaan ketika memperkenalkan perkhidmatan bas Rapid Kuantan sedangkan Kuantan bukan bertaraf bandaraya seperti bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang yang sememangnya memerlukan khidmat bas awam.

“Banyak lagi isu diperjuangkan saya dan mendapat liputan luas media sehingga dapat didengari kerajaan sebelum ini (BN) yang memberi manfaat kepada penduduk di Parlimen Kuantan,” katanya.