'Saya dah penat selalu dipersalahkan'

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi mengakui dia sudah penat selepas sering dipersalahkan sekiranya timbul sebarang masalah di kelab gergasi Sepanyol itu.

Kenyataan terbaru Messi itu menimbulkan kembali kemungkinan pemain kelahiran Argentina itu akan berpindah ke kelab lain pada jendela perpindahan akan datang.

Malah, Messi juga masih belum menandatangani sebarang lanjutan kontrak bersama Barcelona dengan kontraknya ketika ini bakal berakhir pada Jun tahun depan selain dikatakan tidak senang dengan kehadiran Antoine Griezmann di kelab tersebut.

"Saya penat selalu dipersalahkan atas segala yang berlaku di kelab ini," katanya.

Bagaimanapun, pengendali Barcelona, Ronald Koeman tidak menyalahkan Messi apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu selain menegaskan Messi tidak menghadapi sebarang masalah dengan Griezmann.

"Saya memahami kenapa Messi marah. Dia baru saja pulang daripada Argentina dan diajukan soalan mengenai Griezmann. Itu tindakan yang tidak sopan.

"Saya rasa ada pihak yang mahu mencipta kontroversi. Saya tidak melihat adanya masalah antara Griezmann dan Messi. Saya bekerja bersama mereka berdua dan saya tahu apa yang berlaku," katanya.

Gosip tersebut bakal menambahkan lagi masalah yang sudah sedia menyelubungi Barcelona termasuk isu kekangan kewangan akibat pandemikk Covid-19 yang dihadapi mereka ketika ini.

Artikel Berkaitan: