Suspek tikam isteri di Baling serah diri

Seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling pada jam 10.30 malam tadi. Gambar hiasan 123RF
Seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling pada jam 10.30 malam tadi. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling pada jam 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berumur 33 tahun yang sebelum ini telah melarikan diri selepas kejadian itu dibawa ke IPD berkenaan oleh bapanya dan diserahkan kepada polis.

“Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 November depan bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi Rabu lalu, seorang wanita berumur 36 tahun cedera di bahagian perut sebelah kiri dipercayai ditikam suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang dekat Baling.

Syed Basri berkata, mangsa ditikam sebanyak dua kali kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam suami

Artikel Berkaitan: